GELORA DI RANTAU TENGGARA
Pendulu
Sebelum kalam dipertajam;
Sebelum dakwat diperbuat;
Sebelum batu bersurat dipersurat;
Sebelum yang pertama bermula; dan yang terakhir tercipta;
Sebelum bumi terhampar; dan langit terlengkung;
Dalam gelap gelita; di tengah-tengah huru-hara;
§
BAHAGIA DAN DERITA
960 Masihi, Gunung Sembatu, kawasan hulu Lembah Sungai Galas, di bumi bernama Amdan Negara.
960 Masihi, Gunung Sembatu, kawasan hulu Lembah Sungai Galas, di bumi bernama Amdan Negara.
Sang surya mula mengintai dari atas tabir puncak dirian pepohon rimba di arah timur, memancar sinar jingga keemasan yang kian menerangi alam waktu pagi. Di hala barat, alun gunung-ganang yang berlekuk-lekuk, berselang-seli menjulang tinggi dan mencerun rendah, melepasi lautan awan gemawan, kelihatan seakan liuk lentuk tubuh seekor naga raksaksa yang sedang damai bersemadi di dada bumi.
Putera Adhi Vira merenung jauh ke ufuk. Wajahnya kelihatan suram. Sudah tujuh hari tujuh malam dia tidak dapat tidur walau sejenak. Perang dan tempur tidak lagi sedikitpun membuat pahlawan bertubuh besar sasa itu merasa cuak, namun gelut dan juang yang meruntun dirinya kini terasa sungguh tajam menusuk. Melihat orang yang tercinta detik demi detik semakin layu tidak bermaya, tersiksa oleh dewa peragut nyawa. Manakala dirinya sendiri tidak berdaya berbuat apa-apa.
“Bagaimanakah harapannya bagi isteri Kita, Kejora?” Adhi Vira memerhati isterinya yang terbaring di tilam, tidurnya seperti tidak begitu nyenyak. Di wajah Adhi Vira jelas kelihatan kedut-kedut keresahan yang dalam lekuknya, tidak tersembunyikan lagi. “Kita lihat, daripada air mukanya, dia begitu uzur.”
“Maafkan hamba, Tuan Putera,” bidan merangkap dukun separuh usia itu mengunjukkannya secetong air sejuk. “Puan Permata Sukma tumpah darah terlalu banyak ketika melahirkan. Tubuhnya begitu lemah. Hamba sudah berusaha sedaya upaya untuk menghentikan pendarahannya. Namun demamnya masih tidak berkurangan.”
“Bagaimana pula dengan anak Kita?”
“Puteri muda Wangsa Dharmakusuma tidak akan apa-apa,” kedengaran suara seorang wanita lain, membuat Adhi Vira berpaling.
"Teratai Putih!" Adhi Vira kelihatan terperanjat sedikit. "Begitu lama tidak kelihatan kelibat dema."
"Sejahtera, Tuan Putera."
"Sejahtera juga buat dema, Teratai. Baru saja sebentar tadi kami bercakap tentang dema. Ketiadaan dema sungguh terasa."
"Hamba tergendala di pertengahan jalan, Tuan," sambung nujum yang sudah lanjut usia itu. "Dah lah tu ... lutut dan pergelangan kaki yang dah tua ini pula tambah memperlahankan lagi perjalanan hamba."
"Aduhai, kesiannya. Sepatutnya dema beritahu Kita lebih awal lagi. Boleh Kita hantarkan sebuah pedati untuk membawa dema ke sini."
"Tak mengapalah, Tuan. Betis dan kaki hamba memerlukan pergerakan. Kalau terlalu dimanjakan ... lebih cepat lagilah ia berkarat dan reput nanti. Apapun ... hamba datang sebagai berkunjung hormat ... serta untuk menziarah si kecil."
"Terima kasih, Teratai. Kita amat menghargai ingatan dema. Kita bahagia dapat bertemu lagi dengan dema."
"Begitu juga di pihak hamba, Tuan. Bayi Tuan itu ... suara tangisnya nyaring benar. Dia seperti begitu segar bugar. Firasat hamba ... dia akan sihat sejahtera sepanjang hayatnya. Hamba seperti dapat merasakan bahawa ... dia membawa ... tuah Wangsa Dharmakusuma pada dirinya."
"Dan apakah lagi yang dapat dema rasakan, Teratai?"
"Suatu hari nanti … dia akan menjadi ... ratu negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.”
"Maksud dema ... Kelantan Amdan Negara?"
“Sama ada Kelantan Amdan Negara … atau Tanah Serendah Sekebun Bunga … mahupun Sambhu Gita ... atau Imbang Jaya … ataupun Seri Saujana Wijaya Mala … bagi hamba … semuanya adalah sama sahaja ertinya. Kesemuanya itu … adalah negeri yang satu … pewaris negeri Raktam Rttika atau Chi Tu … negeri Bumi Merah … iaitu … negeri kita dan nenek moyang kita semua … sejak zaman berzaman. Maka puteri Tuan ini … hamba percaya … akan menjadi raja berdaulat yang pertama setelah sekian lama di bumi ini … daripada Wangsa Dharmakusuma.”
“Hanya dema kedengaran seperti terlalu pasti tentang itu, Teratai,” Adhi Vira menggulung rokok daun nipah dengan tembakau, lalu mencucuhnya. “Membuat Kita terasa sedikit bimbang.”
“Hamba sekadar menilik mengikut cara yang telah diperturun kepada hamba, Tuan,” Nujum Teratai memperjelas. “Setakat kemampuan yang ada pada diri ini. Begitupun, hamba telah membuat tidak sedikit tilikan … dan daripada kesemuanya … lebih separuh yang menjadi."
"Umm ... kalau begitu ... teruskan lagi," ujar Adhi Vira.
"Takhta Amdan Negara akan pulang kembali kepada pewaris asal yang berhak kepadanya ... titisan zuriat yang turun daripada Nayaka, Bhaga Datta, Buddha Gupta, Rama Unibha dan Wan Sri Mara.”

Adhi Vira tambah ceria sedikit seri durjanya dengan pengakuan jujur Nujum Teratai yang meredakan hati, sebutan nama-nama leluhur keluarganya di zaman silam dengan nada kagum hormat oleh wanita itu menghangatkan jiwanya.
“Tubuhnya berbau harum semerbak,” Adhi Vira membongkokkan badannya untuk mengamati puterinya yang baru berusia tujuh hari dengan lebih dekat lagi. Mata bayi itu masih bertutup rapat, kedua tangannya tergenggam erat apabila Adhi Vira membelai salah satu daripadanya dengan tangannya sendiri.
“Benar, Kanda,” Permata Sukma berjuang menggagahkan badannya yang terasa begitu lemah untuk bersandar di dinding kamar, setelah merasa lenguh kerana terlalu lama berbaring. “Memang dia begitu harum, kan? Bagaikan kasturi indah mewangi. Dengan itu ... berikanlah Dinda kenikmatan indah yang terakhir … iaitu … kegembiraan daripada memberi nama buat puteri kita berdua.”

“Sudah tentu, Dinda. Apa saja yang Dinda idamkan … adalah milik Dinda.”
“Dinda namakan dia ... Kembang Seri Wangi.”
“Nama yang cukup anggun bagi seorang puteri,” Adhi Vira mengulas, penuh persetujuan, membelai pipi isterinya dengan sepenuh kasih sayang, ia terasa semakin dingin.
“Kanda,” Permata Sukma terpaksa bergelut hebat untuk bertutur sepatah dua sedikit lagi.
“Dinda, Sayangku. Bawalah bertenang, Janganlah terlalu dipaksa diri Dinda. Jimatkan tenaga Dinda supaya lebih cepat pulih. Kerana Dinda teramat uzur.”
“Jagailah anak kita … dengan sebaiknya. Dinda percaya … dia akan … membawa kebahagiaan dan kebanggaan … kepada Kanda. Dan suatu hari nanti … akan menjadi … penyambung zuriat … yang sesuai … bagi … Wangsa Dharmakusuma. Selamat … ting … gal … Kanda …”
Adhi Vira terpaku di situ, terpegun, kelu lidahnya, kaku tubuhnya. Matanya celik luas, tapi kini tidak terlihat apa-apa. Kemudian dia membenam mukanya ke dalam kedua tapak tangannya. Cuaca di luar sana kini terang benderang. Namun dalam hati Adhi Vira terasa gelap gelita.
"Dewata Agung," dia akhirnya bersuara. "Mengapakah kau berbuat begini kepadaku? Mengapa? Mengapa?? Mengapa???" tempiknya bergema lantang di udara, berkumandang ke seluruh desa.
Beberapa detik berlalu, rasanya seperti begitu lama bagi Adhi Vira, manakala kesunyian terus menyelubungi suasana dalam bilik itu. Kemudian dia terasa tangan yang lembut di bahunya.
"Hamba akan datang setiap hari untuk menziarahi anak ini, Tuan," Kejora menjanjikan bantuannya. "Rumah hamba tidak jauh dari sini. Anak-anak perempuan hamba akan membantu hamba jika perlu."
"Hamba juga begitu, Tuan," tambah Teratai. "Puteri tuan akan menjadi anak angkat hamba."
"Tapi ... apakah yang dapatku buat nanti ... bila anakku menangis minta disusui sekali lagi?" Adhi Vira bertanya dengan nada bimbang, suaranya kini berbunyi serak.
"Usah dirisaukan itu, Tuan," Kejora mententeramkannya. "Cempaka Murni, anak perempuan hamba yang ketiga, kini menyusui bayinya Kenanga Sari, cucu hamba berumur dua bulan. Cempaka sihat dan segar bugar. Dia tiada masalah untuk menyusui dua orang bayi. Puteri Kembang Seri Wangi tidak akan sekali-kali kelaparan. Hamba sendiri yang akan memastikannya."
"Terima kasih, Kejora. Entah apalah yang dapatku buat jika dema tiada."
Adhi Vira bangkit perlahan-lahan, dibantu oleh Kejora dan Teratai Putih. Tubuhnya terasa berat seperti batu, otot-ototnya sengal, tulang-tulangnya lesu. Sakit yang sudah biasa terasa bergerak sepanjang paha kirinya, tanda-tanda cedera beberapa bulan akibat tusukan lembing. Dialaminya ketika bertempur dengan segerombolan penyangak Palembang yang datang menyerang dan mengganas, dihantar oleh Biduk Bota.
Para pejuang Adhi Vira kini mula sering kali membantai penyerang-penyerang Sumatra itu setiap kali mereka muncul menceroboh ke dalam kawasan pedalaman yang bergunung-ganang di wilayah bersekitar. Menyerang hendap mereka, merembat mereka di tempat dan pada waktu yang paling tidak mereka duga, memusnahkan mereka dengan segala macam jerangkap samar. Orang-orang Pangan pun sesekali turut serta menyumbang bakti dengan sumpit berbisa mereka. Begitupun, orang-orang serta senjata Biduk Bota seperti tidak luak, dan dia tetap mengendalikan serangan-serangannya.
"Hamba akan memaklumkan kepada jiran-jiran, Tuan," Kejora mengenakan kelubungnya, bersiap sedia untuk beredar.
"Hamba ikut pergi bersamamu, Kejora," Teratai menyusul. "Kita perlukan sebanyak tangan yang mungkin untuk membantu mengendalikan pengebumian yang sewajarnya bagi Puan Permata Sukma, Tuan. Tuan sendiri pula usahlah tergesa-gesa. Temankan puteri Tuan. Tenteramkan diri Tuan. Penduduk wilayah ini janganlah dibiarkan melihat Tuan dalam keadaan sebegini."
Teratai memang betul, renung Adhi Vira. Dirinya kini terasa seperti hancur berkecai. Namun dia tidak boleh mengecewakan masyarakat Gunung Sembatu. Bagi mereka, walau apapun yang terjadi, dia mesti tetap kekal sebagai Dewa Gunung yang kebal, sukar tunduk dan mustahil musnah. Seorang zuriat Wangsa Dharmakusuma tidak boleh kurang daripada itu, meskipun ia hanya tinggal sebuah wangsa dalam buangan selama sudah dua abad.
"Terima kasih, Teratai," tingkah Adhi Vira. "Kebijaksanaanmu tidak ternilai harganya bagiku."
"Dan ... Tuan Putera," Teratai meneruskan. "Relakanlah kepergian Puan Permata Sukma. Sungguhpun dia pergi dalam sakit ... tika dia meninggalkan kita hatinya lapang dan bahagia. Anggaplah ia sebagai suatu pengorbanan ... suatu pengorbanan begitu agung ... demi membawa Puteri Kembang Seri Wangi dengan sepenuh sejahteranya ke dalam dunia ini."
"Kami datang semula sebentar lagi, Tuan," Kejora menambah sebelum kedua wanita itu bergerak menuruni tangga.

Adhi Vira memperbetul tubuh Permata Sukma yang kini dingin pada tilamnya. Kenangan-kenangan waktu mereka hidup bersama datang semula melanda. Wajah Permata Sukma kembali damai dan anggun. Barangkali kerana kini dia bebas daripada siksa yang meruntun dirinya. Adhi Vira menatap wajahnya, memegang pipinya, lalu mengucupnya begitu lama. Kemudian dia menebar sehelai kain kapas putih bersih melitupi seluruh jasad isterinya.
Cinta hidup Adhi Vira kini sudah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Namun dia mesti terus berjuang. Usaha memenangi semula warisan keluarga tetap berjalan.
Kelahiran Kembang Seri Wangi dikongsi bersama keceriaannya oleh jiran sekampung, saudara mara, sahabat handai dan para pengikut setia Adhi Vira. Begitu juga, kini, kepergian Permata Sukma, yang selama ini mereka anggap sebagai penyeri wilayah pergunungan yang mereka diami, cahaya penceria, tumpuan kasih, turut diratapi bersama oleh mereka.
Cinta hidup Adhi Vira kini sudah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Namun dia mesti terus berjuang. Usaha memenangi semula warisan keluarga tetap berjalan.
§
Demikianlah, kelahiran puterinya, Kembang Seri Wangi, membawa suatu sinar kebahagiaan gemilang ke dalam kehidupannya. Namun kini, rasa gembira bercampur baur dengan kepiluan meruntun jiwa kerana kepergian isteri tercinta.
Kelahiran Kembang Seri Wangi dikongsi bersama keceriaannya oleh jiran sekampung, saudara mara, sahabat handai dan para pengikut setia Adhi Vira. Begitu juga, kini, kepergian Permata Sukma, yang selama ini mereka anggap sebagai penyeri wilayah pergunungan yang mereka diami, cahaya penceria, tumpuan kasih, turut diratapi bersama oleh mereka.
Ramai juga di antara mereka terdiri daripada orang-orang yang berhijrah dari daerah sekitar Bukit Panau, setelah sawah ladang dan harta benda mereka dirampas oleh Biduk Bota, pembesar lantik sendiri di Bukit Panau serta konco-konconya. Ia kononnya hukuman yang dikenakan selepas berlaku suatu pemberontakan besar-besaran di kalangan penduduk yang menentang kenaikan mendadak cukai hasil tani serta cukai laluan orang dan barang bagi laluan darat serta sungai.
§ § §
PEDANG KAMBHUJIYA
960 Masihi, kota Rajbadi Dangga, wilayah Karna Suvarna, negeri Gauda, Bhanggala Barat.
960 Masihi, kota Rajbadi Dangga, wilayah Karna Suvarna, negeri Gauda, Bhanggala Barat.
Putera Prakasha mengambil pelbagai sisa makanan yang dibawa turun oleh tukang masaknya daripada ruang dapur. Anak bongsunya berlari-lari teruja mengejar anak-anak itik yang mengikuti seekor ibu itik serati, cuba sedaya upayanya untuk menangkap seekor daripadanya. Anak-anak itik itu lari bertempiaran daripada budak itu kerana takut. Ibu itik serati itu meremang bulunya kerana marah.
“Wawa, mengapa kau mengganggu anak-anak itik itu? Kesian mereka," Prakasha meramas-ramas dan menggaul-gaul lebihan nasi, sayur-sayuran, dedaging dan kuah dengan hampas kelapa dan sagu parut untuk diberi makan kepada ayam, itik, itik serati dan angsanya. "Kalau ibunya tiba-tiba menyerang kau nanti, baru kau tau."
“Wawa nak pegang mereka aja, Ayah. Wawa nak main-main dengan mereka.”
“Kalau kau nak pegang mereka, kau kenalah dekati mereka dengan perlahan-lahan. Beri mereka makan, ajum mereka, pujuk mereka, seperti Ayah. Kalau kau asyik menyerbu mereka dan membuat mereka takut, mereka tentu akan selalu melarikan diri dari mu. Ni, tengok ni. Bila Ayah yang panggil mereka, cepatnya mereka datang kepada Ayah. Tengok ni, tangan Ayahpun mereka serudu untuk mencari makanan."
“Eh eh! Jinaknya mereka dengan Ayah. Mengapa mereka ikut ibu itik serati, Yah? Mengapa mereka tak ikut ibu mereka sendiri?"
“Kerana mereka menganggap ia ibu mereka. Kerana ia yang mengeram mereka hingga menetas, kemudian menjaga mereka sejak kecil-kecil lagi."
“Mengapa ibu mereka sendiri tidak mengeram mereka, Ayah?"
“Kerana ia mati sebelum mereka menetas. Seekor ular tedung yang lapar cuba mencuri telur yang sedang dieramnya suatu malam. Bila ibu itik itu melawan ular itu, ia disembur dengan racun bisa sebelum ular itu merayap lari. Lalu Ayah terpaksa sambung mengeram telur-telurnya menggunakan ibu itik serati ini."
"Apa? Eh, peliknya!"
"Kau tau, kawan lamaku Sarghuna malah menggunakan seekor ibu ayam untuk sambung mengeram telur-telur itiknya, selepas ibu itik itu mati akibat jangkitan penyakit. Lalu anak-anak itik yang menetas kemudiannya kini mengikuti ibu ayam itu ke sana sini seperti ibu mereka."
“Hah? Ibu ayam membawa anak itik? Tu lebih pelik lagi!" Prabhava bertempik hairan bercampur sangsi. "Habis tu dia pun ikut bermain air dan berenang-renang bersama anak-anaknya?" Kemudian dia tertawa menghilai berderai-derai kerana geli hati dengan gambaran ganjil yang terbayang di kepalanya. "Wawa nak tengok! Kena tengok! Mesti tengok!" Bagi jiwa kecilnya, dunia ini sering kali penuh keanehan dan keajaiban, membuat hidupnya sentiasa riang gembira dan mengagum mempesona.
"Baiklah. Kebetulan Ayah bercadang nak menziarahinya besok. Dah agak lama Ayah tidak bertemu dengannya. Kau boleh ikut Ayah nanti. Dengan syarat kau berjanji akan berkelakuan baik."
"Wawa berjanji, Ayah. Wawa berjanji."
Baru mencecah tujuh tahun usianya, namun Prabhava begitu bertenaga dan amat suka bertanya dan berbicara. Jarang duduk diam untuk masa yang lama, gerak-gerinya hampir tiada henti. Sama ada berlari-lari, bermain atau berceloteh, ataupun mendesak datuknya minta dihiburkan dengan cerita dongeng, dari pagi hingga ke senja.
§
Cuaca hari itu terang bercahaya. Angin sendalu bertiup dari hala dataran pesisir di timur. Sudah beberapa hari hujan tidak turun langsung. Udara terasa kering.
Lelaki tua itu menyirami rong kacang bendi, kacang panjang, terung masam, terung dan labu dengan air yang diangkut dari perigi oleh anak-anak lelakinya. Sayur-sayuran baru berbuah itu akan sedia untuk dipetik dalam tempoh sebulan dua lagi.
Kemudian dia menoleh ke arah satu lagi. Barisan tanaman ubi kayu, ubi keledek dan tebu kelihatan subur serta segar bugar dedaunnya. Pohon ubi kayu dan ubi keledek akan memberinya ubi yang gemuk dan lazat. Pohon tebu akan menghasilkan batang tebu yang banyak airnya dan manis rasanya. Sebuah senyuman berkuntum diwajahnya yang berkedut-berut terpukul usia dan cuaca.
"Pak Cik Sarghuna!" suara teruja seorang budak laki-laki dari arah pintu pagar kawasan ladang Sarghuna membuatnya tersentak daripada lamunannya.
Sarghuna berpaling, terperanjat sedikit dirinya oleh kedatangan tidak dijangka dua orang pelawat, seorang lelaki tinggi lampai bersama anak laki-lakinya, kedua-duanya berpakaian elok dan kemas.
"Apa khabar, anak muda?" orang tua itu menyapa budak laki-laki itu dengan nada gembira.
"Khabar baik, Pak Cik," kanak-kanak itu membalas.
"Awak masih nampak sihat dan segar, seperti biasa, kan?"
"Di mana ibu ayam yang membawa anak itik tu, Pak Cik? Wawa nak tengok!" Air mukanya membayangkan keghairahan yang tidak terbendungkan lagi.
"Mereka sedang merayau-rayau mencari makan di kawasan belakang rumah, Pak cik rasa. Pergilah tengok di sana, Nak."
Anak itu terus meluru laju mencari perkara yang merangsang ketakjubannya.
"Sayur-sayuranmu kelihatan subur, sahabat," Prakasha meninjau-ninjau kawasan tanaman sambil menghampiri Sarghuna. Dirinya masih berpeluh renyai-renyai selepas perjalanan pagi bersama anak laki-lakinya merentas kawasan kaki bukit. "Tentu tanah di sini yang menjadi sebabnya."
“Ya, Tuan Panglima," Sarghuna memerhatikan itik, itik serati dan angsanya yang sedang menyerudu sesiput, kekumbang, ulat-ulat dan kekabor yang merayap-rayap pada pokok-pokok tanamannya. "Memang subur, kan? Tuan mungkin betul. Tapi saya tetap menabur sedikit baja pada rong-rong nya."
Sarghuna telah mengenali Prakasha dari zaman muda panglima itu sebagai seorang anggota baru dalam pasukan tentera berkuda Bhanggala. Persahabatan mereka berkekalan semenjak waktu itu, dengan Prakasha sering merujuk kepada kenalannya yang lebih tua itu apabila memerlukan sebarang nasihat atau pandangan tentang sesuatu.
"Terima kasih," balas Prakasha. "Memang diriku memerlukan sedikit minuman."
"Rita!" Sarghuna bersuara nyaring memanggil isterinya.
"Ya, Bang," jawab Amrita dari ruang dapur. "Ada apa, Bang?"
"Jerang secerek air teh daripada simpanan teh yang terbaik di dapur kita. Ada tetamu istimewa."
"Waah, sedap sungguh teh ini," Prakasha menghirup air teh wangi yang dihidang oleh Amrita dengan nikmat sekali. "Dari manakah awak mendapatkannya, Amrita?"
"Dari mana lagi, kalau tidak Darjeeling, di wilayah barat negeri Bhanggala kita ni, di pinggiran timur Banjaran Himalaya," wanita itu tersenyum mesra. "Daerah yang, mengikut cerita orang tua-tua, tercipta daripada halilintar yang terpancar dari cogan Dewa Indra."
"Dan anginnya pula terhasil daripada nafas Maha Dewa Shanker," Sarghuna menambah.
"Oh, patutlah tehnya pun begitu hebat," balas Prakasha. "Maka apakah gerangannya ketentuan bagi putera bongsu Kita ini, Sarghuna? Kiranya dapat Kita memperoleh manfaat daripada kebijaksanaan tuan."
"Tuan Panglima,” nujum tua itu mengetuk-ngetuk serpihan kecil buah pinang di dalam gobek usangnya. “Sepadan dengan namanya yang gemilang, Putera Prabhava akan membesar menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Namun, jiwanya jiwa perantau, barangkali mewarisi perwatakan ayahandanya. Maka, hidupnya akan terpacu oleh ghairah kembara. Perjalanannya akan berakhir di sebuah tempat yang amat jauh dari sini.”

"Mari kita ke atas rumahku untuk sedikit teh sambil dapat berbual dengan lebih selesa. Kalau di bawah ni, akan menjadi agak panas bila dah lama," ajak Sarghuna.
"Terima kasih," balas Prakasha. "Memang diriku memerlukan sedikit minuman."
"Rita!" Sarghuna bersuara nyaring memanggil isterinya.
"Ya, Bang," jawab Amrita dari ruang dapur. "Ada apa, Bang?"
"Jerang secerek air teh daripada simpanan teh yang terbaik di dapur kita. Ada tetamu istimewa."
Kedua lelaki itu kemudian berceloteh tentang perkembangan terbaru, cuaca, ladang mereka masing-masing, keadaan siasah di wilayah tempatan, serta pelbagai perkara lain lagi.
"Ala, Pak Cik," kedengaran suara Prabhava dengan nada bersungut.
"Ada apa, Wawa?" tanya Sarghuna kepada anak itu. "Awak nampak seperti agak kecewa.
"Kenapa ibu ayam tu tak ikut berenang bersama anak-anak itik yang dibawanya? Dia berdiri aja dekat tepi lopak."
"Oh. Memanglah begitu, Wawa. Dia kan seekor ayam. Maka dia akan tetap kekal dengan sifat semula jadi seekor ayam. Manakala anak-anak itik yang dibawanya tu akan terus kekal dengan sifat semula jadi anak-anak itik."
Prabhava kemudian diajak oleh Vishala, seorang anak lelaki Sarghuna, pergi bersamanya ke sebuah kawasan bendang dipinggir sawah padinya, untuk melihat pelbagai jenis ikan di sana.
"Umm, Lala," Sarghuna berpaling ke arah anaknya. "Kau petik sedikit kangkung, pucuk paku dan ulam, lepas tu dapatkan ikan secukupnya daripada perangkap kita, kemudian bawa balik semuanya dan berikan kepada ibumu. Tetamu kita akan makan tengah hari bersama kita."
"Baik, Ayah," ujar anak muda itu.
"Ala, Pak Cik," kedengaran suara Prabhava dengan nada bersungut.
"Ada apa, Wawa?" tanya Sarghuna kepada anak itu. "Awak nampak seperti agak kecewa.
"Kenapa ibu ayam tu tak ikut berenang bersama anak-anak itik yang dibawanya? Dia berdiri aja dekat tepi lopak."
"Oh. Memanglah begitu, Wawa. Dia kan seekor ayam. Maka dia akan tetap kekal dengan sifat semula jadi seekor ayam. Manakala anak-anak itik yang dibawanya tu akan terus kekal dengan sifat semula jadi anak-anak itik."
Prabhava kemudian diajak oleh Vishala, seorang anak lelaki Sarghuna, pergi bersamanya ke sebuah kawasan bendang dipinggir sawah padinya, untuk melihat pelbagai jenis ikan di sana.
"Umm, Lala," Sarghuna berpaling ke arah anaknya. "Kau petik sedikit kangkung, pucuk paku dan ulam, lepas tu dapatkan ikan secukupnya daripada perangkap kita, kemudian bawa balik semuanya dan berikan kepada ibumu. Tetamu kita akan makan tengah hari bersama kita."
"Baik, Ayah," ujar anak muda itu.
"Waah, sedap sungguh teh ini," Prakasha menghirup air teh wangi yang dihidang oleh Amrita dengan nikmat sekali. "Dari manakah awak mendapatkannya, Amrita?"
"Dari mana lagi, kalau tidak Darjeeling, di wilayah barat negeri Bhanggala kita ni, di pinggiran timur Banjaran Himalaya," wanita itu tersenyum mesra. "Daerah yang, mengikut cerita orang tua-tua, tercipta daripada halilintar yang terpancar dari cogan Dewa Indra."
"Dan anginnya pula terhasil daripada nafas Maha Dewa Shanker," Sarghuna menambah.
"Oh, patutlah tehnya pun begitu hebat," balas Prakasha. "Maka apakah gerangannya ketentuan bagi putera bongsu Kita ini, Sarghuna? Kiranya dapat Kita memperoleh manfaat daripada kebijaksanaan tuan."
"Tuan Panglima,” nujum tua itu mengetuk-ngetuk serpihan kecil buah pinang di dalam gobek usangnya. “Sepadan dengan namanya yang gemilang, Putera Prabhava akan membesar menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Namun, jiwanya jiwa perantau, barangkali mewarisi perwatakan ayahandanya. Maka, hidupnya akan terpacu oleh ghairah kembara. Perjalanannya akan berakhir di sebuah tempat yang amat jauh dari sini.”
“Di manakah itu?”
“Nun di seberang Teluk Bhanggala, di arah matahari terbit dari Pulau Singhala. Kalau menyusur pantai dari negeri Bhanggala ini, melewati bumi Arakan, kemudian negeri orang-orang Pyu dan Bhama, seterusnya negeri orang Mon di Sudharma Vati, Hamsa Vati dan Tanah Seri. Di sebidang bumi bertuah, di selingkar semenanjung yang menghubungkan di antara Suvarna Bhumi, iaitu Benua Emas, dan Suvarna Dvipa, iaitu Kepulauan Emas. Di sanalah dia akhirnya akan menemui ketenteraman jiwa yang dicari-carinya.”
"Oh! Daivi Khadga?" balas Sarghuna. "Pedang Arjuna. Sudah tentu. Ia adalah impian setiap pahlawan muda."
"Maaf, Sarghuna. Tapi bagi orang Kambhoja ... ia tetap dianggap sebagai Pedang Kambhujiya."
"Mengapa pula begitu?"
"Kerana Raja Kambhujiya ... leluhur orang Kambhoja ... serta raja negeri Kambhoja bersatu yang terawal ... memenanginya secara berdepan daripada Raja Kuvalashava, raja negeri Kosala, daripada Wangsa Ikshvaku ... ketika mereka bertempur di medan perang. Namun Arjuna ... zuriat Kuvalashava ... hanya memperolehnya setelah dia membunuh Putera Sudakh Shina ... zuriat Kambhujiya ... secara serang curi."
"Serang curi? Umm ... teruknya."
"Ya. Sudakh Shina membelasah Arjuna dengan teruknya dalam pertempuran berdepan satu lawan satu ... dalam Perang Kurukshetra yang tercatat dalam kitab Mahabhrata. Malah ... ada yang mengatakan ... Sudakh Shina juga telah mencederakan Sri Krishna dengan agak parah dalam perang itu. Namun akhirnya ... Arjuna memanah Sudakh Shina dari belakang dengan busar saktinya, Gandhiva."

"Tentu sekali. Kita memang pasti. Kita orang Kambhoja. Darah Raja Kambhujiya mengalir dalam tubuh Kita."
Sebarang perbualan yang menyebut tentang kaum Kambhoja purba tidak pernah gagal merangsang semangat Prakasha hingga bersemarak dengan kebanggaan hebat. Kerana kaum itu memang tersohor zaman berzaman di seluruh Pergunungan Himalaya sebagai kaum pahlawan yang gagah berani.
"Kini kita berdebat tentang sebilah pedang dongeng dari mungkin hampir tiga puluh abad di zaman silam," Sarghuna tersenyum.
"Dan kita tidak tahu sama ada ia memang pernah wujud ... tambah lagi di tempat mana ia kini berada," Prakasha ikut tersenyum. "Ia mungkin semuanya hanya sebuah dongeng purba."
"Jadi, Tuan ... mengikut kepercayaan orang Kambhoja ... dari manakah asalnya Daivi Khadga?"
"Menurut bari yang diperturun kepada Kita oleh datuk Kita ... pedang itu asalnya hadiah kepada Sharma-Adad, raja negeri Ashuriya ... daripada Tudhaliya, raja negeri Hattusa di bumi Antalya. Hattusa itu bekas negeri jajahan Ashuriya ... yang selepas merdeka menjadi salah sebuah rakan dagangnya yang paling rapat. Orang-orang Hattusa memang tersohor sebagai golongan pandai besi yang terawal dan terhebat di dunia. Maka pedang itu adalah satu tanda persahabatan yang memeterai janji damai di antara dua buah kerajaan gagah yang sama berpengaruh di Rantau Barat di zaman itu."
"Ummm ... boleh tahan juga cerita ini. Habis tu?"
"Beberapa lama selepas itu ... Sharma-Adad pula menghadiahkannya kepada Putera Chander Burman ... seorang leluhur Raja Kambhujiya ... apabila Chander Burman direstui mengahwini seorang puteri kepada Sharma-Adad ... Puteri Nin-Harrissi namanya ... sebagai satu usaha memperkukuh lagi hubungan baik di antara negeri keduanya. Hubungan baik yang bermula ... apabila Chander Burman menyahut permintaan bantuan ketenteraan daripada Sharma-Adad ... dengan membawa segerombolan besar pahlawan perantau Kambhoja ... sebuah pasukan pemanah berkuda cemerlang daripada suku Ashvaka ... yang seterusnya berkhidmat dengan bala tentera negeri Ashuriya."
"Hebat kisahnya. Tapi ... aaah ... jadi Daivi Khadga tidak turun dari langit rupanya," Sarghuna mengeluh dengan nada kecewa yang seakan dibuat-buat.
"Maaf, jika hakikat nyata menghampakanmu," ujar Prakasha, membuat Sarghuna tertawa. "Tapi sekurang-kurangnya ... tahi bintang yang membawa besi sakti ... yang dilebur buat menempa pedang itu ... memang dari langit datangnya."
"Oh. Patutlah ia begitu hebat."
"Kata sesetengah orang Kambhoja ... kisah kesaktian Pedang Kambhujiya ... ataupun Daivi Khadga ... yang tersohor disebut-sebut dalam pelbagai dongeng rakyat ... sekadar menandakan peringkat perkembangan pertama ilmu membuat senjata besi ... yang mengambil alih dengan begitu menyerlah ... peranan senjata gangsa dalam dunia pahlawan. Kerana besi itu lebih keras, lebih tahan dan menghasilkan mata senjata yang lebih tajam daripada gangsa."
"Oh, Sekarang baru hamba faham," Sarghuna mengangguk-angguk. "Tak mengapalah. Begini saja, Tuan. Andainya keghairahan untuk mencari Daivi Khadga membuat Putera Prabhava merantau ke serata pelosok ... membakar cita-cita dan semangatnya ... lalu kesudahannya menjadikan dia seorang lelaki sejati ... itu akan hanya mendatangkan faedah kepadanya. Menjelang waktu itu ... sama ada Daivi Khadga benar-benar wujud ataupun tidak ... tidak lagi begitu penting."
"Kalaulah begitu yang sudah ditentukan … biarlah begitu yang berlaku. Kerana … ketentuan jugalah yang dulu membawa Kita … hingga sampai begitu jauh ke bumi Bhanggala ini … daripada negeri asal Kita … di Badakshan … di wilayah barat Pergunungan Himalaya. Lalu demikianlah bermulanya kisah hidup Kita sebagai seorang anggota gerombolan berkuda dalam bala tentera negeri Bhanggala.”
"Tuan masihkah merindui Badakshan?"
"Kita tidak mungkin berhenti merinduinya, Sarghuna. Pemandangannya yang indah ... buminya yang subur ... kuda perangnya yang megah anggun ... kuda padinya yang lasak walaupun kecil ... kasturinya yang harum semerbak ... pelbagai bebatu permatanya yang indah mempesona. Kalaulah Kita dapat mengalami semua itu sekali lagi ... mungkin suatu hari nanti ..."

Kerabat istana Wangsa Pala yang merupakan golongan pemerintah negeri Bhanggala, serta bala tenteranya, terutamanya pasukan berkudanya, terdiri kebanyakannya daripada orang-orang berketurunan Ashvaka. Kaum Ashvaka, namanya bermaksud penonggang kuda dalam bahasa Sanskrit, adalah satu suku bangsa Kambhoja yang merupakan penonggang hebat. Mereka boleh memanah ke sebarang hala dengan tepat sambil menonggang kuda yang sedang merejang kencang seperti ribut, berasal mulanya dari kawasan barat Pergunungan Himalaya.
Kalau nak diikutkan, Prakasha boleh memperguna salasilah bangsawannya untuk mempercepat kenaikan pangkatnya dalam bala tentera. Namun, sebagai seorang pahlawan sejati, dia lebih suka berusaha gigih seperti mana sebarang pahlawan lain. Akhirnya, Prakasha cukup mengagumkan pegawai atasannya. Kehebatannya begitu menyerlah hingga sampai ke pengetahuan Raja Dharma Pala, lantas baginda tanpa ragu-ragu lagi melantik Prakasha menjadi Maha Senapati bagi pasukan berkuda. Jawatan itu suatu jawatan yang amat diidami, kerana pasukan berkuda merupakan pasukan terhebat dalam seluruh bala tentera Wangsa Pala.
§
Enam tahun kemudian ...
"Ayah," Prabhava bersuara. "Wawa ada terdengar ... ada orang kata bahawa ... bangsa Kambhoja itu serumpun dengan bangsa Parsi. Betul ka tu?"
"Ya, memang betul, " jawab Prakasha. "Serumpun dalam rumpun bangsa Aryani. Seperti juga bangsa-bangsa lain yang lebih tua daripada bangsa Parsi ... iaitu bangsa Shakya, Gimiraa dan Madayu. Malah ada pihak yang menjangka bahawa ... di antara Kambhoja dan Gimiraa itu asalnya daripada suatu bangsa yang sama ... tetapi akhirnya berpecah menjadi dua."
"Macam mana pulak itu boleh berlaku?"
"Gimiraa itu nama yang asalnya diberikan oleh orang Ashuriya ... maksudnya dalam bahasa mereka orang yang pergi dan mari ... kepada suatu bangsa berpindah-randah yang mendiami kawasan menjangkau sekitar Laut Hitam hingga ke sekitar Laut Kashyapa ... termasuk wilayah utara dan tengah Pergunungan Kavkaz."
"Habis tu?"
"Menjelang suatu ketika ... jumlah mereka menjadi terlalu ramai manakala punca makanan yang ada untuk mereka tidak bertambah secukupnya. Akhirnya sebahagian mereka beransur beredar ke hala barat dan barat daya ... hingga ke bumi Antalya dan Benua Putih ... sementara separuh lagi bergerak ke arah timur dan tenggara ... hingga sampai ke wilayah barat Pergunungan Himalaya. Kumpulan pertama kekal dengan nama Gimiraa, di sesetengah tempat dipanggil juga Gimiri. Manakala kumpulan kedua beransur berubah nama menjadi Kumara, Kamira, Kumuya atau Kambhoja ... kebetulan pula nama yang terakhir itu dalam bahasa Sanskrit membawa maksud raja tampan."
"Oh, menarik tu. Ayah berjanji akan bercerita kepada Wawa beberapa kisah tentang orang Kambhoja ... dan pertempuran yang mereka alami di zaman dahulu kala."

"Pergilah kau pungut kayu api buat ibumu dulu, Wawa," bapanya menjawab. "Kau akan dapat mendengar cerita itu petang nanti."
Pagi berlalu. Ia terasa agak lama bagi Prabhava, namun dia tetap bersabar menunggu. Untuk makan tengah hari, ibunya menghidangkan nasi kukus dengan ikan kelah bakar, keladi rebus sebagai sayur, dan pucuk gajus bercincah pekasam ikan sebagai pelancar selera. Selepas makan, bapa dan anak duduk bersila bersama di bawah sebatang pokok pauh yang hampir masak buahnya.
"Sekali persetua, tersebutlah kisah seorang serikandi Kambhoja zaman purba," Prakasha bermula, "yang telah menentang Raja Eskander dari Makheduniya."
"Dia melawan Eskander? Betul ka?"
"Malangnya orang tu. Lepas tu apa jadi?"
Dengan keberanian yang lazim bagi seorang Kambhoja, tanpa berlengah Ratu Krippya mengambil alih tugas panglima agung. Lalu memerintah para pejuangnya terus menentang laskar-laskar Eskander dengan segala kemampuan, hinggakan menggigit dan mencakar jika perlu.
"Satu-satunya cara bertempur yang harus diamalkan apabila kita terdesak, kan Ayah? Itulah kata Atuk. Habis tu?"
Raja Makheduniya itu malah cedera parah dalam Perang Massaga, dan pada suatu hari nyaris terbunuh. Dia terpaksa melarikan diri dengan kaki yang tempang dari medan perang dengan begitu cemas hari itu.

"Hebat tu. Memang Wawa tau yang Krippya akan memberi tentangan sengit. Kerana dia seorang Ashvaka."
Bala tentera Ratu Kripya, kini termasuk ramai lagi wanita Ashvaka yang telah kehilangan suami atau anak lelaki mereka, akhirnya hanya dapat dikalahkan oleh laskar-laskar Makheduniya bukan dengan pertempuran beradab, tetapi melalui penipuan, kepetualangan dan khianat janji. Suatu rancang cara yang dikecam hebat oleh para sejarawan istana Eskander sendiri, termasuk Kallisthenes dari kota Olynthus.
"Habis apakah alasan lembik yang diberikan oleh Eskander?"
Eskander mendakwa dia tiada pilihan lain, kerana demi memastikan bala tenteranya merampas kemenangan ketika menentang para pahlawan terhebat yang pernah dihadapi oleh pejuang-pejuangnya sendiri, dia terpaksa melanggar setiap adab dalam adat pahlawan sejati.
"Sungguh keji sekali. Lepas tu?"
Dengan pelbagai tipu muslihat yang serupa, Eskander mencatat kemenangan dalam pertempuran-pertempuran seterusnya di kota Ora dan Bazira. Manakala saki baki pejuang Ashvaka berundur ke sebuah kubu gunung yang tinggi di Una Sar. Kesudahannya, Eskander bertemu buku dengan ruas dalam muslihat dan tipu daya dengan seorang remaja bernama Sashigupta. Pemuda pemberontak itu anak seorang putera daripada kalangan Wangsa Nanda, iaitu golongan raja di sebuah negeri perkasa bernama Magadha, melalui seorang gundiknya berbangsa Kambhoja daripada suatu suku bernama Maurya, yang mendiami kawasan sekitar sebuah gunung bernama Koh-i-Mor.
Dalam pelarian daripada nendanya, raja negeri Magadha, kerana dianggap berkelakuan biadap dan menderhaka, Sashigupta diterima dengan tangan terbuka dan diberi perlindungan oleh bala tentera penakluk pimpinan Eskander. Sashigupta berjaya meyakinkan Eskander bahawa dia mampu membantunya menawan kubu Una Sar tanpa kehilangan jiwa yang terlalu banyak. Sekaligus, dia menasihatkan pahlawan sebangsanya bahawa kubu Una Sar tidak mungkin terbela lagi, dengan itu memujuk mereka supaya meninggalkannya, selepas memberi sedikit tentangan sekadar untuk meyakinkan pihak pejuang Greek bahawa ia bukanlah hanya suatu tipu muslihat.
Perdaya Sashigupta berjaya dengan begitu gemilangnya. Ia mengelakkan pertumpahan darah yang terlalu besar, di kalangan pahlawan Greek mahupun pejuang Kambhoja. Eskander seterusnya melantik Sashigupta menjadi pemerintah kota Una Sar yang mentadbirnya bagi pihak Eskander. Tidak lama kemudian, Sashigupta memimpin seangkatan bala tentera penduduk pergunungan, yang terasnya terdiri daripada pahlawan Kambhoja, untuk menyerang dan menumpaskan kerajaan nendanya. Dia lalu menubuhkan sebuah wangsa pemerintah yang baru di negeri Magadha, dinamakannya mengambil sempena nama sukunya, iaitu Wangsa Maurya.
Sashigupta sendiri naik takhta dengan nama Chandragupta Maurya. Beberapa tahun berikutnya, dia berjaya merampas semula wilayah-wilayah orang Kambhoja yang ditakluki oleh Eskander selepas menewaskan Panglima Seleukus, pewaris Eskander di rantau Lembah Indus, lalu menggabungkannya dengan wilayah negeri Magadha.
"Kata orang ... Eskander ada berkahwin dengan seorang puteri berbangsa Kambhoja. Siapakah dia, Ayah?"
Sebelum mara ke negeri Massaga, Eskander telah melalui dan menakluki dua buah negeri orang Kambhoja yang lain ... namanya Bakhtara dan Sugadha. Seorang panglima Kambhoja dari Bakhtara bernama Vakhsuva Darva ... yang sedang berundur bersama keluarganya dari Bakhtara meletakkan isteri dan beberapa orang anak gadisnya di sebuah kubu bukit batu yang disangkanya kebal di Sugadha. Namun kubu itu masih jatuh ke tangan Eskander.
Kerana tidak mampu menentang bala tentera Eskander, Vakhsuva Darva terpaksa menerima tawaran Eskander untuk berdamai dengan syarat Sugadha menerima pertuanan Eskander.
Ketika sebuah majlis suka ria meraikan kemenangan bala tenteranya, Eskander terpesona dengan keindahan tarian orang Kambhoja. Tertawan pula hatinya oleh kecantikan seorang gadis penari, ayu orangnya, anggun pula gerak tarinya. Maka tergerak hati Eskander hendak mengenalinya lebih dekat lagi, lalu di minta sahabatnya merisik sedikit sebanyak.
Rupanya dia salah seorang anak gadis Panglima Vakhsuva Darva, Rukhsana namanya. Perkenalan yang menyusul membuat membibitnya bibit-bibit cinta. Eskander akhirnya mengahwini Rukhsana dengan restu Vakhsuva Darva, seterusnya melantik Rukhsana, yang punya darah bangsawan melalui bapanya, menjadi permaisuri utama Eskander.
Vakhsuva Darva kemudiannya dilantik oleh Eskander menjadi kshatrapa, iaitu pemerintah wilayah, bagi sebuah kawasan di selatan Sugadha. Perkahwinan Eskander dengan Rukhsana melahirkan seorang putera, dinamakan juga Eskander, beberapa bulan selepas kemangkatan bapanya.
Dalam pelarian daripada nendanya, raja negeri Magadha, kerana dianggap berkelakuan biadap dan menderhaka, Sashigupta diterima dengan tangan terbuka dan diberi perlindungan oleh bala tentera penakluk pimpinan Eskander. Sashigupta berjaya meyakinkan Eskander bahawa dia mampu membantunya menawan kubu Una Sar tanpa kehilangan jiwa yang terlalu banyak. Sekaligus, dia menasihatkan pahlawan sebangsanya bahawa kubu Una Sar tidak mungkin terbela lagi, dengan itu memujuk mereka supaya meninggalkannya, selepas memberi sedikit tentangan sekadar untuk meyakinkan pihak pejuang Greek bahawa ia bukanlah hanya suatu tipu muslihat.
Perdaya Sashigupta berjaya dengan begitu gemilangnya. Ia mengelakkan pertumpahan darah yang terlalu besar, di kalangan pahlawan Greek mahupun pejuang Kambhoja. Eskander seterusnya melantik Sashigupta menjadi pemerintah kota Una Sar yang mentadbirnya bagi pihak Eskander. Tidak lama kemudian, Sashigupta memimpin seangkatan bala tentera penduduk pergunungan, yang terasnya terdiri daripada pahlawan Kambhoja, untuk menyerang dan menumpaskan kerajaan nendanya. Dia lalu menubuhkan sebuah wangsa pemerintah yang baru di negeri Magadha, dinamakannya mengambil sempena nama sukunya, iaitu Wangsa Maurya.
Sashigupta sendiri naik takhta dengan nama Chandragupta Maurya. Beberapa tahun berikutnya, dia berjaya merampas semula wilayah-wilayah orang Kambhoja yang ditakluki oleh Eskander selepas menewaskan Panglima Seleukus, pewaris Eskander di rantau Lembah Indus, lalu menggabungkannya dengan wilayah negeri Magadha.
"Kata orang ... Eskander ada berkahwin dengan seorang puteri berbangsa Kambhoja. Siapakah dia, Ayah?"
Sebelum mara ke negeri Massaga, Eskander telah melalui dan menakluki dua buah negeri orang Kambhoja yang lain ... namanya Bakhtara dan Sugadha. Seorang panglima Kambhoja dari Bakhtara bernama Vakhsuva Darva ... yang sedang berundur bersama keluarganya dari Bakhtara meletakkan isteri dan beberapa orang anak gadisnya di sebuah kubu bukit batu yang disangkanya kebal di Sugadha. Namun kubu itu masih jatuh ke tangan Eskander.
Kerana tidak mampu menentang bala tentera Eskander, Vakhsuva Darva terpaksa menerima tawaran Eskander untuk berdamai dengan syarat Sugadha menerima pertuanan Eskander.
Rupanya dia salah seorang anak gadis Panglima Vakhsuva Darva, Rukhsana namanya. Perkenalan yang menyusul membuat membibitnya bibit-bibit cinta. Eskander akhirnya mengahwini Rukhsana dengan restu Vakhsuva Darva, seterusnya melantik Rukhsana, yang punya darah bangsawan melalui bapanya, menjadi permaisuri utama Eskander.
Vakhsuva Darva kemudiannya dilantik oleh Eskander menjadi kshatrapa, iaitu pemerintah wilayah, bagi sebuah kawasan di selatan Sugadha. Perkahwinan Eskander dengan Rukhsana melahirkan seorang putera, dinamakan juga Eskander, beberapa bulan selepas kemangkatan bapanya.
"Ada lagi seorang serikandi Kambhoja yang tersohor, Wawa rasa," Prabhava cuba menghela bapanya ke sebuah lagi kisah.
"Memang ada. Namanya Timmeya. Juga daripada kalangan puak Ashvaka. Zamannya malah lebih purba ... dua abad lebih awal dari zaman Krippya."
"Dia menentang seorang penakluk gagah perkasa juga ka?" si anak mengusul, mendorong panglima itu untuk bercerita lagi.
"Benar. Memang begitulah. Dan dia menang."
"Hebatnya. Ceritakanlah tentang pertempurannya, Ayah."
Selepas kemangkatan suaminya raja negeri, Timmeya menaiki takhta negeri orang Kambhoja yang bernama Massaga, menjadi ratu memerintah. Kira-kira setahun berikutnya Khouroush-e-Bozorg (Khouroush Agung) raja negeri Parsi menakluki Babilun, kemudian mengalih pandangannya ke hala timur, ke arah negeri-negeri orang Kambhoja. Khouroush meyimpan hasrat untuk menggabungkan negeri-negeri diaman orang Kambhoja di kawasan pergunungan, termasuk Massaga, dengan Parsi. Alasannya mereka bersalasilah daripada leluhur yang sama, suatu muslihat yang sering diperguna oleh golongan raja penakluk.
Menyedari niat dan perancangan Khouroush, Ratu Timmeya mengutuskan seorang utusan menghadap raja Parsi itu, dengan jelas memaklumkan kepada Khouroush bahawa orang Kambhoja lebih suka hidup merdeka dan berdaulat sepenuhnya. Juga menasihatkan Khouroush supaya berpuas hati dengan wilayah negeri Parsi yang sedia ada.
Khouroush mungkin betul tentang dakwaan salasilah yang sama, kerana nama Kambhujiya iaitu leluhur pendiri bangsa Kambhoja acap kali muncul sebagai nama putera-putera kerabat Wangsa Hakhamanesh yang memerintah Parsi ketika itu. Namun, apabila Khouroush cuba mengugut Ratu Timmeya supaya mengahwininya, setelah seorang putera Timmeya ditawan dan dibunuh oleh bala tentera Parsi atas perintah Khouroush, raja Parsi itu jelas bertindak melampau.
Ratu Timmeya bertindak nekad, memimpin bala tentera Kambhoja negeri Massaga dari barisan hadapannya menentang bala tentera Parsi pimpinan Khouroush dalam apa yang bakal menjadi pertempuran raja itu yang terakhir. Selepas bala tentera Kambhojanya, berteraskan pasukan berkuda puak Ashvaka, mengamuk menggila dan akhirnya menghancurleburkan angkatan penceroboh, Timmeya menggeledah seluruh medan perang hingga menemui mayat Khouroush. Dia memenggal kepala Khouroush, memegangnya pada rambutnya lantas menterbalikkkan kepala Khouroush, membuat darah penuh membuak-buak di dalam mulutnya lalu bertempik, "Kau selalu begitu dahagakan darah. Nah, sekarang togaklah seberapa banyak yang kau mahu!"
Timmeya seterusnya menonggang kuda mengelilingi medan perang, memegang habuannya tinggi-tinggi untuk disaksikan oleh semua yang ada, disambut tempik sorak para pahlawannya yang diruntun uja meriah kemenangan, bergema lantang di udara.

"Betapa gagah berani kedua serikandi itu, Ratu Kryppia dan Ratu Timmeya. Mungkinkah kita punya sebarang hubungan dengan salah seorang daripada mereka, Ayah? Manalah tau, kan?"
"Memang ada, Nak. Dengan kedua-duanya sekali. Kau dan aku adalah ... percaya atau tidak ... daripada jurai zuriat Ratu Kryppia ... dan dia pula, seterusnya, adalah berketurunan daripada Ratu Timmeya."
"Hebatnya. Bagaimana dengan Putera Sudakh Shina pula, Yah? Wawa dengar ... dia di antara pahlawan paling terhebat dalam sejarah orang Kambhoja ... hingga pernah menewaskan Arjuna dalam pertempuran satu lawan satu."
"Kisah Putera Sudakhshina akan Ayah ceritakan di hari lain."
Bagaimana dengan sebelah Emak pula, Mak?" Prabhava kemudian menoleh ke arah ibunya, yang baru saja datang duduk bersama mereka. "Emak dah berjanji, dalam sehari dua ini, nak bercerita tentang para raja dan putera negeri Karna Suvarna zaman silam."
"Kau kena pergi menonggang bersama ayahmu sekarang, Wawa," Puteri Anjali menjawab. "Lepas tu pula berlatih mukhti yuddha dan lawan pedang. Ingatlah, Nak. Kau mesti besar menjadi seorang pahlawan hebat terlebih dulu ... seperti Putera Sudakh Shina ... jika kau ingin memperoleh sebarang peluang untuk menemui Pedang Kambhujiya ... apatah lagi memenangi dan memilikinya. Emak akan menceritakan kepadamu kisah Buddha Gupta Maha Navika besok."
"Dia seorang perantau hebat, kan Mak?
"Ya. Betul tu. Dan seorang pelayar luar biasa. Itulah sebabnya orang menggelarnya Maha Navika. Dia juga seorang saudagar berbakat."
"Ke manakah tempat dia pergi, yang agak menarik? Dan apakah pencapaiannya yang teragung?"
Putera Buddha Gupta belayar jauh hingga ke Suvarna Dvipa ... Kepulauan Emas ... akhirnya berlabuh di suatu tempat ... di sebuah semenanjung bernama Semenanjung Emas. Dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang gadis tempatan yang cantik jelita ... yang kebetulannya anak seorang panglima ... lalu mengahwininya dengan restu bapanya."
"Hebatnya."
Buddha Gupta kesudahannya mendirikan sebuah negeri yang dinamakannya Raktam Rttika ... Bumi Merah ... mengambil sempena nama sebuah biara agung di Rajbadi Dangga. Ia menjadi sebuat pusat dagang serantau yang makmur sejahtera ... dan para pengembara dan perantau Cina yang menyinggahinya lalu memanggilnya Chi Tu.
"Oooh. Wawa tak sabar lagi nak dengar kisah sepenuhnya, Emak."
"Akanku ceritakan juga kisah Puteri Charuvathi. Puteri Raja Ashoka, pembina Charuvathi Vihara di kota Kathmandu. Dan kisah Shashanka, panglima kerajaan Gupta yang akhirnya menjadi pendiri negeri Gauda."
"Eh, Emak ni. Tak jadilah Wawa nak pergi menonggang hari ni."
"Esok, Wawa. Sekarang ... ayuh. Ayahmu menunggu."

BERTAMBAH SEMARAK KEBENCIAN
970 Masihi, Bukit Panau, di bumi bernama Amdan Negara.
970 Masihi, Bukit Panau, di bumi bernama Amdan Negara.
Biduk Bota meninjau-ninjau kawasan sekitar Mahligai Gemilang Sakti. Mahligai yang dahulunya bernama Mahligai Dharmakusuma. Selama dua abad ia telah didiami silih berganti oleh pelbagai narapati (pembesar wilayah) lantik sendiri yang mendakwa, sama ada benar atau tidak, bersaudara rapat dengan kerabat diraja istana Palembang Srivijaya, yang terbaru daripada mereka Biduk Bota sendiri.
Sikap penduduk tempatan yang seakan masih memuja dan mengagungi Wangsa Dharmakusuma yang sudah tersingkir selama dua abad, sungguhpun sekerat dua saki-baki pewarisnya masih mandiri di kawasan pergunungan, sentiasa membuatnya jengkel. Mengapakah mereka begitu bebal, fikirnya. Dalam hidup ini hanya kekuatan dan kegagahan yang menentukan segala-galanya, renungnya lagi.

Pemberontakan rakyat di sepanjang seluruh Lembah Sungai Kelantan telah dihancurkan, dengan begitu pantas lagi keras. Beberapa orang ketua pemberontak telah ditawan, diberkas dan dihumban ke dalam penjara. Di situ mereka terperap moyot dalam ketakutan, menanti hukuman terakhir mereka. Rumah mereka sudah dibakar hangus menjadi abu, harta benda mereka dirampas. Beberapa orang lagi masih dalam pelarian, kini diburu ganas seperti haiwan liar oleh konco-konco Biduk Bota.
Di sebuah perkampungan terpencil, kira-kira dua persangga dari Mahligai Gemilang Sakti, orang-orang Biduk Bota, lengkap bersenjata, merempuh masuk ke dalam dua buah rumah yang terletak berdekatan. Mereka keluar semula mengheret seorang lelaki dan seorang wanita dari kedua rumah itu.
“Ayah!” seorang budak laki-laki, sekitar lima tahun usia, menangis teresak-esak di serambi rumahnya. "Emak! Tunggu! Jangan tinggalkan kita!"
“Celaka! Binatang!” seorang lagi kanak-kanak, sebaya dengan budak tadi, dari rumah yang satu lagi, bertempik marah. "Jangan ambil Mak aku! Mak! Ke mana mereka bawa Mak? Ayah!"
Dua orang lelaki tadi bersama isteri masing-masing diberkas dengan tali yang kukuh dan dibawa ke Mahligai Gemilang Sakti untuk menerima hukuman mereka. Dua wanita itu ditampar, ditumbuk dan disiku, kemudian diheret masuk, dalam raung dan lolong kerana sakit serta takut, ke dalam sebuah bilik, seorang demi seorang, kononnya untuk disoal rapi oleh Biduk Bota sendiri.
"Hei, Biduk Bota!" seorang daripada lelaki pemberontak itu bertempik. "Jangan kau apa-apakan isteriku. Aku bunuh kau kalau kau sentuh saja ..." Sebelum habis dia bertutur, Demak Sawo, Ketua Pengawal di Mahligai Gemilang Sakti, merembat kepalanya dengan hulu golok, membuat orang itu jatuh terpelanting.
Sebaik sahaja rakannya yang seorang lagi membuka mulut untuk bersuara, Kebo Laro, timbalan Demak Sawo, melutut perutnya beberapa kali, kemudian menumbuk dadanya pula, membuat dia terkial-kial senak perut serta tercungap-cungap sesak nafas.
Kedua lelaki pemberontak itu seterusnya dipukul dan disebat dengan kejamnya sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Mereka kemudian diseret dan di humban ke sebuah kandang buaya, untuk di koyak rabak seterusnya dibaham oleh Jaka Pelara, petanda ganas dan rakus milik Biduk Bota. Raung lolong mereka begitu mengerikan bagi setiap yang ada berhampiran.
Isteri mereka pula segera dihukum bunuh dengan tikaman keris di hadapan khalayak umum. Hukuman yang keras itu, tegas Biduk Bota, terpaksa dikenakan demi menghalang sebarang pemberontakan daripada berulang lagi di hari muka.
Begitupun, seorang daripada lelaki malang itu sempat berbisik lemah kepada dua orang anak muda yang bersaudara dengannya, beberapa detik sebelum diseret dan dihumban ke dalam kandang buaya. "Utih, Uda. Selamatkan anak-anak kami berdua ... Pinang dan Nibung. Bawa mereka lari ... ke Gunung Sembatu. Tinggalkan mereka dengan sahabat baik kita ... Dewa Gunung."
Dua anak muda itu serta merta menyelinap keluar daripada khalayak yang berkerumun. Mereka bergegas pulang ke kampung mereka, mencari dan menemui dua saudara mereka yang kecil itu, lantas segera menyeludup mereka keluar, membawa mereka mengikuti jalan hutan yang jarang dilalui orang, menuju ke kawasan pergunungan di arah hulu. Mereka menjauhi sebarang kawasan berhampiran Sungai Kelantan, kerana bimbang terserempak dengan orang-orang Biduk Bota.
Hanya apabila mereka sampai di Krai, berhampiran tempat Sungai Galas bertemu Sungai Lebir lalu bergabung di antara keduanya menjadi Sungai Kelantan, barulah mereka berani mempertimbangkan seterusnya menerima ajakan seorang penduduk kampung, yang kelihatan baik air mukanya, untuk menumpang perahu panjangnya yang pantas luncurannya menongkah arus mudik ke hulu, ke Jelawang. Begitupun, Utih dan Uda tidak mengalih pandangan mata mereka dari pemilik perahu itu, sentiasa berwaspada kalau-kalau orang itu seorang perisik atau petualang yang mungkin mengkhianati mereka, sambil terus sama-sama berdayung.
Kemudian mereka menyambung semula perjalanan melalui hutan tebal, dari Jelawang ke arah Gunung Sembatu, hingga akhirnya mereka sampai juga ke tempat tujuan, iaitu kediaman Dewa Gunung.
Lalu kedua anak itu, Nibung and Pinang, diambil tinggal bersamanya oleh Dewa Gunung, dipelihara dengan sepenuh kasih sayang seperti anak sendiri, sungguhpun dirinya sendiri telah kehilangan isterinya sepuluh tahun yang lalu.
§
970 Masihi, Gunung Sembatu, kawasan hulu Lembah Sungai Galas, di bumi bernama Amdan Negara.
Bagi Puteri Kembang Seri Wangi, kini sepuluh tahun usia, kemunculan Pinang dan Nibung di Gunung Sembatu tanpa dijangka bagaikan suatu rahmat yang amat membahagiakan. Sungguhpun ia berlaku dalam keadaan yang begitu menyayat hati. Dalam sehari dia mendapat dua orang adik lelaki sekaligus, yang membawa meriah ceria ke dalam suasana rumahnya. Sementara menunggu bilik mereka sendiri siap dibina, dua kanak-kanak itu tidur bersamanya di dalam biliknya.
Setiap malam dia menemani kedua mereka hingga mereka terlena, barulah dia sendiri bersiap untuk tidur. Manakala bapanya selalunya lebih suka tidur di luar sahaja, di ruang tamu, daripada di biliknya sendiri.
Di siang hari, Nibung dan Pinang akan berlari-lari dan bermain seperti biasa sebagaimana kanak-kanak lain di kejiranan. Mulanya mereka agak pendiam dan pemalu, lebih suka menyendiri sahaja kebanyakan masanya. Namun, lama kelamaan kawan-kawan baru mereka berjaya membujuk Nibung dan Pinang dengan ramah mesra mereka, membuat dua kanak-kanak itu terlupa buat sementara kisah pedih yang baru mereka alami dalam hidup mereka.

Begitupun, di waktu malam, ketika tidur mendatangi mereka, kesemua kenangan pilu dan getir muncul kembali menghantui mereka dalam igauan ngeri.
“Mak! Ayah!” Nibung teresak-esak nyaring dalam mimpinya, membuat Kembang Seri Wangi tersedar daripada tidurnya setelah baru saja terlena. "Jangan tinggalkan Nibung!"
Kembang Seri Wangi mengelap muka Nibung, yang basah kuyup dengan peluh dingin, dengan secebis kain buruk lembap. Anak itu tersedar seketika, beralih kedudukan beberapa kali, dan sejurus kemudian terlena semula.
“Jangan ambil mak aku!" beberapa lama kemudian, Pinang pula bertempik. "Bangsat! Aku bunuh kamu semua suatu hari nanti!"
Kembang Seri Wangi membuat perkara yang sama kepada Pinang seperti yang dilakukannya kepada Nibung.
“Kak Wangi,” sejurus kemudian Nibung tersedar lagi.
“Nibung,” Kembang Seri Wangi menoleh kepada Nibung, membetulkan selimut adik barunya yang kini berselerak di sana sini. "Kau penat. Tidurlah semula, Dik. Esok kau nak pergi bermain dengan kawan-kawanmu lagi."
“Mak dan Ayah Nibung ... bilakah mereka nak datang ke sini untuk ambil Nibung? Dah lama dah Pak Cik Utih dan Pak Cik Uda bawa Nibung ke sini. Kawan-kawan lama di kampung ... dan saudara mara ... rindunya Nibung kepada mereka."
Rintihan anak yang kebingungan itu menusuk Kembang Seri Wangi dengan sungguh tajam dan dalam pada jiwanya yang masih begitu muda. Namun dia berusaha semampunya untuk mempertahan ketenteramannya. Dia terpaksa menggagahkan dirinya untuk adiknya.
“Nibung, Dik” dia bersuara dengan nada lembut dan meredakan. "Emak dan ayahmu ... mereka telah pergi ke suatu tempat yang amat jauh dari sini ... agar mereka tidak lagi diganggu oleh orang-orang jahat itu. Bersabarlah. Suatu hari nanti ... apabila mereka sudah bersedia ... mereka akan datang ke sini untuk mendapatkanmu."
Demikian Kembang Seri Wangi, tanpa jemu atau bosan, menjaga dan melayani dua kanak-kanak itu. Mententeramkan mereka setiap kali dia merasakan gelora bangkit meruntun jiwa kecil mereka. Hari demi hari, malam demi malam, dia belajar menunaikan tugas dan tanggungjawab barunya sebagai seorang kakak.
Sebaik Nibung terlena semula, Kembang Seri Wangi bingkas bangun dan membuka jendela biliknya sedikit. Dia melenggak ke langit malam, memerhati sang rembulan muncul, menghilang di sebalik awan gemawan, kemudian muncul kembali.
“Oh Purnama, Sang Dewa Bulan,” dia merintih. "Mengapakah penakluk jahat negeri kami ini masih terus menzalimi orang-orang kami ... masih terus mengganas dan menganiayai mereka? Memukul dan menyiksa mereka ... menyakiti isteri dan anak gadis mereka? Merompak dan merampas tanah dan harta benda mereka? Memusnah dan membinasa segala di mana jua? Apakah dosanya adik-adikku ini ... hingga mereka kehilangan keluarga dan kampung halaman ketika masih sebegini kecil? Apakah salahnya emak dan ayah mereka ... hingga mereka didera, dicedera dan dibunuh dengan begitu kejam?"
“Wangi,” Adhi Vira menggeliat, bangun perlahan-lahan, menggosok-gosok matanya, dan meninjau ke arah bilik tidur anaknya.
“Ayah!” Kembang Seri Wangi menoleh, tersentak dia daripada lamunannya. "Terkejut Wangi."
“Maafkan Ayah, Nak. Kau belum tidur lagi?"
“Sudah, Ayah. Tapi Wangi tersedar semula oleh tangis dan tempik Nibung dan Pinang dalam tidur mereka."
“Ayahpun sama.”
“Mereka berdua seperti terganggu oleh mimpi buruk mereka."
“Janganlah kau terlalu runsing tentang mereka, Sayang. Mereka akan beransur-ansur pulih semula daripada pengalaman pedih mereka itu. Masa yang akan menjadi penawar luka mereka. Apa yang paling penting adalah ... kita sentiasa menjaga mereka dengan baik ... dengan segala kemampuan kita."
“Wangi juga berharap begitu, Ayah. Mereka kanak-kanak malang. Begitupun ... Wangi dapat merasa ... seperti mereka bakal membawa tuah kepada keluarga kita. Malah sekarangpun ... dengan kehadiran mereka sahaja ... seperti telah mengubati kesunyian ... yang acap kali Wangi rasakan ... di rumah kita selama ini."
Demikianlah sifatnya Kembang Seri Wangi. Baru saja mencecah sepuluh tahun usia, tetapi tutur katanya sering kali kedengaran lebih elok tersusun daripada ramai kanak-kanak lain yang jauh lebih tua daripadanya. Barangkali, kerana sudah lama terpaksa mencari penyelesaian sendiri dalam setiap keadaan yang mana seorang gadis kecil lain akan segera bergegas mencari ibunya, telah membuat dia matang agak cepat daripada kawan-kawan yang lain.
“Ayah akan bahagia jika itu yang berlaku, Wangi," ujar Adhi Vira. "Apapun ... seperti ada orang berkata ... di sebalik sesuatu yang buruk itu ... kadang-kadang ada tersembunyi sesuatu yang baik."
"Ayah fikir begitu? Tapi apakah baiknya yang ada ... pada penganiayaan dan pembunuhan ... orang-orang yang tidak berdosa di Bukit Panau itu?"
"Ayah tak tahu jawapan yang tepat kepada itu, Nak. Tapi apa yang boleh Ayah katakan adalah ... kita tidak boleh ... dan kita tidak akan ... membiarkan perkara itu berlalu tanpa sebarang tindakan. Akan ada balasnya suatu hari nanti. Bak kata orang ... siapa berpegang diikut, siapa berhutang dituntut. Sejauh itu Ayah boleh berjanji."
"Emak Nibung datang bertemu Nibung dalam mimpi!" Nibung meluru ke pintu bilik, membuat Kembang Seri Wangi tersentak. "Sekarang Nibung tahu apa yang sudah berlaku. Ajarlah Nibung bertempur, Tuan. Nibung mahu menghadapi pembunuh-pembunuh kejam itu suatu hari nanti. Nibung mahu menuntut bela."
"Pinang pun sama, Tuan," Pinang pula muncul di sisi sepupunya. "Binatang-binatang itu telah memusnahkan keluarga dan hidup Pinang. Pinang mahu bunuh mereka semua."
"Ajarlah Wangi juga, Ayah," Kembang Seri Wangi ikut serta dengan kedua adik barunya, suaranya kini kedengaran tegas dengan semangat dan azam. "Wangi nak bertempur bersama Nibung dan Pinang. Wangi nak bebaskan negeri kita ini daripada penjajah jahat dan kejam. Wangi nak pulihkan semula maruah dan mertabat orang-orang kita."
"Syabas! Syabas!" ujar Adhi Vira. "Kita bahagia dan bangga mempunyai anak-anak yang bersemangat tinggi dan berjiwa berani seperti dema semua di bawah jagaan Kita. Apabila dema semua cukup bersedia, anak-anak ... apabila dema semua cukup dewasa untuk belajar ilmu pahlawan ... akan Kita perturunkan segala-galanya yang ada pada Kita kepada dema."
"Sementara itu," putera itu meneruskan selepas terdiam seketika, "dema seharusnya menjalankan kehidupan seperti kanak-kanak ... dan menikmatinya seperti yang seharusnya dinikmati oleh semua kanak-kanak. Apabila sampai masanya ... apabila dema sudah cukup besar dan cukup gagah ... Kita dengan sepenuh rela dan bahagia akan menerima dema semua untuk menyertai Kita dan kawan-kawan Kita ... dalam perjuangan kami menuntut merdeka ... menentang musuh-musuh kita semua yang kejam dan zalim itu."
Ketiga kanak-kanak itu terdiam sejenak. Setiap seorang daripada mereka punya dendam yang ingin dibalas, bela yang hendak dituntut. Namun mereka seakan tiba-tiba diselubungi angin ketenangan yang memeluk dan membelai mereka, mententeramkan jiwa mereka. Sejurus kemudian, Kembang Seri Wangi mengajak adik-adiknya menuju ke tikar tidur mereka semula.
Adhi Vira seorang pahlawan tegar. Dia faham benar tentang dendam kusumat dan keinginan untuk menuntut bela, hasrat yang tercipta semula jadi dalam diri setiap manusia untuk membuat perhitungan terhadap sesuatu penganiayaan yang telah berlaku kepada diri sendiri atau orang tersayang. Dia juga maklum akan hebatnya dan perkasanya perasaan itu.
Demi negeri warisan keluarganya, negeri Amdan Negara yang telah tumbang, serta seluruh rakyatnya yang sekian lama terperas dan tertindas, dia sentiasa berusaha segigihnya untuk memperguna sebarang perasaan sedemikian pada setiap orang.
Angin awal pagi mula berbisik dari arah gugusan tujuh gunung berhampiran rumah itu. Kembang Seri Wangi menutup semula jendela bilik tidurnya. Dia membetulkan lagi selimut yang menyelubungi adik-adiknya, Nibung dan Pinang, agar terlindung tubuh-tubuh kecil mereka daripada angin gunung yang semakin dingin.

No comments:
Post a Comment